'Lawan semua dengan doa' - Abby Abadi

Iklan
Tangkap layar Insta Story akaun Instagram Abby Abadi.

"LAWAN semua dengan doa.” Itu kata-kata ringkas yang dikongsikan usahawan dan pelakon, Abby Abadi di Insta Story akaun Instagramnya.

Perkongsian itu dibuat selepas kontroversi pernikahan melibatkan puteri keduanya, Marissa Dania Hakim, 19, di Songkhla, Thailand yang hangat diperkatakan sejak semalam.

Iklan
Iklan

Selain ayat 'lawan semua dengan doa', bintang siri Gerak Khas itu turut menulis perkataan Mama berserta tanda hati dipercayai dituju buat anak-anaknya.

Bagaimanapun sejak semalam, baik Abby mahupun bekas suaminya, Norman Hakim dilihat mengunci mulut daripada memberi sebarang komen mengenai 'khabar' pernikahan Marissa dengan lelaki dikenali sebagai Aslam.

Iklan

Bagaimanapun, Abby dilihat masih mengikuti akaun media sosial anaknya itu, berbanding Marissa yang tidak lagi mengikut akaun kedua-dua ibu bapanya.

Sejak semalam, nama Marissa, 19, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada 17 Disember lalu.

Iklan

Menurut sumber, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Selepas hal pernikahan itu diketahui keluarga kedua-dua belah pihak, Norman dan Abby difahamkan meminta Marissa untuk berpisah tetapi anaknya itu enggan berbuat demikian.