Netanyahu belum puas berperang

Iklan
Seorang pemuda Palestin tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat ahli keluarganya yang menjadi korban kezaliman rejim Zionis di Rafah. Foto AFP

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menolak tuntutan Hamas untuk melaksanakan gencatan senjata bagi menghentikan serangan ganas ke atas Genting Gaza yang memasuki bulan kelima.

Pemimpin ekstremis itu terus ‘ikut kepala sendiri’ selepas pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken juga gagal memujuk Netanyahu supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang akan menyemarakkan lagi api peperangan tersebut.

Iklan
Iklan

Blinken yang mengadakan kunjungan kelima ke Asia Barat sejak konflik itu tercetus pada 7 Oktober lalu cuba menyedapkan hati banyak pihak apabila beliau menyatakan kononnya terdapat ruang untuk mencapai persetujuan tentang gencatan senjata tersebut.

Netanyahu pula tetap tidak ambil peduli desakan banyak pihak supaya menghentikan kempen pengeboman kejam tersebut.

Iklan

Malah, beliau juga mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bersedia mara ke Rafah yang terletak bersempadan dengan Mesir bagi meneruskan misi menghapuskan Hamas.Beliau memberi alasan tindakan menerima tuntutan Hamas kononnya akan menggagalkan usaha membawa pulang tawanan dari Gaza.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas di Beirut pula menegaskan, tindakan Netanyahu yang menolak gencatan senjata jelas menunjukkan kempen genosid ke atas penduduk Palestin.

Iklan

Sebelum ini pejuang Hamas mencadangkan pelan gencatan senjata selama 135 hari yang akan menyaksikan kesemua tawanan dibebaskan secara berperingkat dan pengunduran IDF dari Genting Gaza.

Tempoh bertenang itu juga akan membolehkan aliran bekalan ma-kanan dan bantuan kemanusiaan lain kepada penduduk Palestin yang semakin terdesak serta berdepan krisis kelaparan yang teruk. - AFP