[VIDEO] Nasi lemak RM1 ubah hidup Khairul Hafiz

Iklan
Khairul Hafiz berjaya menjual sebanyak 1,000 bungkus nasi lemak berharga RM1 setiap hari.

RANTAU PANJANG - Siapa sangka nasi lemak berharga RM1 berjaya mengubah hidup seorang bapa kepada empat anak yang sebelum ini tidak diterima bekerja selepas terlibat kemalangan setahun lalu.

Khairul Hafiz Ab Manan, 34, berasal dari Melaka mengalami kecederaan serius sehingga dia terlantar di rumah selama sebulan.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, kemalangan itu juga menyebabkan dia yang sebelum ini bertugas sebagai penyelia di sebuah kilang di Melaka terpaksa melepaskan jawatan dan pulang ke kampung halaman isterinya di Repek dekat sini.

Khairul Hafiz berkata, sebaik sahaja kecederaan yang dialaminya itu pulih, dia mencuba nasib untuk mendapatkan pekerjaan lain bagi menyara keluarga, namun gagal.

Iklan

"Saya hampir-hampir kecewa untuk cari pekerjaan, ketika itulah ALLAH hadirkan saya ilham untuk berniaga nasi lemak dengan harga RM1.

"Awalnya, isteri saya kurang yakin kerana kos bahan mentah untuk membuat nasi lemak agak tinggi sekarang," katanya yang berniaga di Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang berhadapan sebuah stesen minyak di sini.

Iklan

Bagaimanapun, dia terkejut apabila nasi lemak itu mendapat permintaan tinggi sehingga tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.

Katanya, setiap hari dia berjaya menjual kira-kira 1,000 bungkus nasi lemak yang dihidang bersama sambal bilis, telur dan timun.

Nasi lemak berharga RM1 itu dihidang bersama sambal bilis, telur dan timun.

"Uniknya, nasi lemak RM1 ini adalah rasa original dari Melaka menggunakan resipi khas keluarga yang menghasilkan rasa lemak dan pedasnya sekata.

"Tapi, rasanya tidaklah sepedas di Melaka kerana saya faham orang Kelantan tidak terlalu suka pedas," katanya.

Khairul Hafiz berkata, RM1 yang dijualnya itu adalah salah satu bentuk perkongsian rezeki bersama penduduk di sekitar Rantau Panjang.

"Kalau nak ikutkan harga semasa bahan mentah agak tinggi ketika ini.

Pelanggan berpuas hati dengan nasi lemak yang dijual Khairul Hafiz.

"Namun saya percaya rezeki yang dikongsi dengan orang ramai lebih berkat dan manis," katanya.

Gerai nasi lemak RM1 itu mulai beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, manakala pada waktu malam ia dibuka pada jam 5 petang hingga 10 malam.