Pakar bimbang cadangan akan buka kembali sejarah gelap
Iklan
SHAH ALAM - Rancangan untuk menjadikan kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO akan membuka kembali sejarah gelap segelintir orang Cina yang pernah menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).
Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kampung baru Cina yang kebanyakannya dibuka di pinggir hutan oleh penjajah British dan dikawal oleh askar bertujuan 'mengurung' orang Cina yang dianggap menyokong PKM.