Najib dijangka tunggu masa sesuai fail permohonan pengampunan baharu
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengambil masa dan tidak memfailkan permohonan baharu dalam masa terdekat bagi mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, beberapa pertimbangan akan diambil sebelum permohonan dibuat, termasuk justifikasi dan melihat kepada kes precedent (duluan) yang pernah berlaku sebelum ini.