Jenazah Zahalita selamat dikebumikan

Iklan
Anak-anak Allahyarham turut membantu urusan pengebumian

KOTA TINGGI - Jenazah pendaki wanita, Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit, Kuala Tahan di Pahang, pada Selasa, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas, di sini, pada jam 2 pagi, Jumaat.

Suasana hiba dan pilu menyelubungi kawasan perkuburan berkenaan yang rata-ratanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat Allahyarham.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham tiba di rumahnya di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada jam 1 pagi dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya disolatkan dengan diimamkan anak sulungnya, Mohammad Hafizzudin Saharuddin.

Jenazah Allahyarham kemudiannya disolatkan dengan diimamkan anak sulungnya, Mohammad Hafizzudin Saharuddin, 32, sebelum dibawa ke tanah perkuburan tersebut untuk urusan pengebumian.

Iklan

Zahalita meninggal dunia akibat sesak nafas ketika menyertai ekspedisi mendaki di Gunung Reskit, Selasa lalu.

Anak perempuan Allahyarham, Safiyyah Umairah menyiram air mawar.

Bagaimanapun, usaha membawa keluar jasad ibu tunggal lima anak itu, berdepan kesukaran berikutan cuaca buruk.

Iklan

Pelbagai usaha dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membawa keluar jasad wanita tersebut.

Usaha berkenaan akhirnya membuahkan hasil dan jasad wanita berkenaan berjaya dibawa keluar dari lokasi pada Khamis sekitar jam 8.30 pagi.