KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) meningkat pagi ini berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung sempena perayaan Tahun Baharu Cina esok.
Akaun rasmi X PLUS memaklumkan trafik ke arah utara perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan dan Rawang Selatan menuju ke Rawang manakala keadaan sesak dilaporkan dari Slim River ke Sungkai.