RANAU - Seorang lelaki cedera di bahagian tangan selepas tertusuk panah ketika menangkap ikan di Sungai Kihunut, Kampung Tambiau, di sini pada Khamis.
Mangsa berusia 18 tahun itu dihantar ke Hospital Ranau sebelum mendapatkan bantuan daripada pihak bomba bagi mengeluarkan anak panah tersebut.