Tabung Yayasan Veteran ATM terima sumbangan RM422,000

Iklan
Mohamed Khaled (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek daripada Takaful Malaysia berjumlah RM250,000 kepada Roba’i (dua dari kanan) pada satu majlis di Kementerian Pertahanan baru-baru ini.

SHAH ALAM - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia Berhad menyumbang RM422,000 kepada Tabung Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengerusinya, Mejar Jeneral Roba’i Rahmat berkata, sumbangan yang disalurkan oleh Takaful Malaysia adalah sebanyak RM250,000 menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam program Cakna Veteran ATM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif itu turut memanfaatkan 500 orang golongan asnaf dari pelbagai negeri.

"Pihak koperasi turut mengagihkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2022 berjumlah RM172,000.00 kepada yayasan.

Iklan

Turut hadir, Menteri Pertahanan merangkap Penaung Koperasi Tentera, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Veteran ATM, Mejar Jeneral (B) Shamsirudin Mohd Sharif; Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tentera, Mohamad Khairul Anuar Mohamed dan Ketua Pegawai Pengedaran Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Yassir Azlin Abdul Ghafar.

Mohamed Khaled (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek daripada Koperasi Tentera berjumlah RM172,000 kepada Roba'i.

Mengulas lanjut, Roba’i berkata, inisiatif itu mampu memberikan suntikan moral dan meringankan bebanan kos sara hidup.

Iklan

Ujarnya, menerusi kerjasama dengan agensi luar, ia mampu meningkatkan kesejahteraan pesara tentera.

"Kami bersama agensi luar sentiasa berusaha untuk merealisasikan inisiatif Madani Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terus terbela serta sentiasa terpelihara.

"Bantuan seperti ini mampu memberikan suntikan moral dan dapat meringankan beban kos sara hidup dalam kalangan pesara tentera yang memerlukan,” katanya.