Zakat pertanian cetus limpahan rezeki, ekonomi

Iklan
RAMAI petani beranggapan tidak perlu menunaikan zakat kerana hidup serba kekurangan namun jika cukup syarat, mereka wajib melaksanakannya. - Gambar hiasan/Gambar kecil: Fatin Nurshazrina Ahmad Zamri

Banyak alasan dicipta bagi mengelak pelaksanaan Rukun Islam keempat itu

PETANI merupakan antara profesion penting dalam masyarakat. Mereka bekerja keras bagi menghasilkan sumber makanan seperti beras, minyak masak dan buah-buahan untuk orang ramai.

Bagaimanapun, terdapat segelintir petani enggan membayar zakat pertanian yang sepatutnya menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Iklan
Iklan

Mengapa zakat pertanian itu penting? Ini kerana ia merupakan salah satu jenis harta yang diwajibkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak.

Di Malaysia, dari segi pengamalannya hanya tanaman padi yang dikenakan zakat pertanian.

Iklan

Tanaman-tanaman lain seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan pula tidak dikenakan zakat pertanian kerana ia dimasukkan dalam kategori zakat perniagaan.

Berdasarkan amalan taksiran zakat pertanian terutama tanaman padi di Malaysia yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri, terdapat kaedah taksiran yang berbeza antara negeri-negeri.

Iklan

Pelbagai alasan tidak bayar zakat

Zakat ialah salah satu daripada lima Rukun Islam yang diwajibkan bagi setiap Muslim yang berkemampuan dan hartanya melebihi nisab (had minimum) selama satu tahun.

Mereka beranggapan jika sebahagian daripada hasil tuaian mereka dizakatkan, maka mereka akan sukar untuk memenuhi keperluan harian.

Selain itu, terdapat juga petani yang berasakan mereka telah memberikan zakat secara tidak langsung melalui sedekah yang mereka lakukan setiap hari.

Malangnya, sedekah dan zakat adalah dua perkara yang berbeza.

Alasan tersebut sebenarnya tidak sah pada pandangan Islam kerana zakat merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim berkemampuan tanpa terkecuali.

Tidak ada sebab untuk mengabaikan kewajipan tersebut walaupun seseorang itu berasakan bahawa mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Dibelenggu dengan ekonomi yang sering menguji kehidupan petani juga boleh menjadi salah satu sebab petani enggan membayar zakat.

Antara keluhan yang sering diungkapkan:"Bagaimana hendak bayar zakat? Makan pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Nak makan pun tak cukup."

Keadaan kewangan yang sukar disebabkan kegagalan tanaman atau tanaman tidak menjadi membuatkan petani sukar memenuhi keperluan hidup, apatah lagi membayar zakat.

Terdapat juga petani beranggapan sumbangan mereka tidak akan memberi impak besar kepada masyarakat yang memerlukan dan ia menjadi asbab petani enggan bayar zakat.

ZAKAT pertanian tidak semestinya hanya tertumpu kepada tanaman padi semata-mata.

Kurang kefahaman, kesedaran tunai zakat

Kejahilan petani terhadap zakat yang perlu dilaksanakan boleh berpunca daripada kurangnya kefahaman tentang konsep zakat dan kepentingan melunaskannya dalam agama Islam.

Mereka mungkin tidak menyedari bahawa zakat adalah satu perintah wajib ditunaikan apabila cukup nisab yang telah ditentukan sebagai sebahagian daripada ibadah mereka.

Selain itu, mereka juga mungkin tidak faham bahawa zakat mempunyai tujuan untuk membantu meringankan beban orang yang memerlukan.

Kurangnya pendidikan tentang zakat dan bagaimana zakat diagihkan juga boleh menyebabkan petani menjadi jahil tentang zakat.

Oleh itu, adalah penting untuk memberikan pemahaman dan pendidikan yang lebih baik kepada petani tentang konsep zakat, tujuan zakat serta bagaimana zakat diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan pemahaman yang lebih baik, diharapkan petani akan lebih bersemangat untuk melaksanakan kewajipan menunaikan zakat dan yakin sumbangan mereka akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Kesan daripada keengganan petani untuk membayar zakat akan mengakibatkan ketidakseimbangan dalam masyarakat dan ekonomi.

Hal itu kerana zakat merupakan satu bentuk kebajikan dan solidariti dalam Islam.

HASIL daripada buah-buahan juga wajib dizakatkan sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Di samping itu, zakat juga merupakan satu kaedah penyucian harta dan cara untuk menjadikan rezeki lebih berkat.

Dengan mengelak daripada membayar zakat, petani mungkin mengalami kesulitan dalam usahanya.

Oleh itu, golongan ilmuwan, akademik dan pendakwah hendaklah memberikan perhatian yang lebih mendalam lagi dalam ilmu penyampaian terutamanya berkaitan zakat pertanian.

Selain itu, kerajaan dan institusi agama juga perlu memberi sokongan serta bantuan kepada golongan petani agar mereka dapat menunaikan kewajipan zakat tanpa mengalami kesulitan.

Nisbahnya nanti mereka boleh menjadi contoh yang baik dan menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih adil serta makmur.