Benteng pertahanan The Red Devils makin longgar

Iklan
Maguire (kiri) berkemungkinan tidak dapat beraksi menjelang kunjungan Manchester City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford awal pagi esok.

MANCHESTER United bakal berdepan masalah apabila tonggak pertahanannya, Harry Maguire berkemungkinan tidak dapat beraksi kerana kecederaan menjelang kunjungan Manchester City pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Old Trafford awal pagi esok.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Maguire mengalami kecederaan kaki dalam pertemuan menentang Wolverhampton Wanderers pada aksi pusingan ketiga Piala FA Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Solksjaer, Maguire mengalami kecederaan tersebut setelah bertembung dengan pemain Wolves, Adama Traore pada babak pertama perlawanan yang berkesudahan tanpa jaringan.

"Kami hampir-hampir mengeluarkannya (Maguire) ketika rehat separuh masa tetapi dia tetap mahu terus bermain sehingga tempoh 90 minit permainan.

Iklan

"Kini kami tidak pasti sama ada dia sempat untuk pulih dan cergas sepenuhnya untuk perlawanan separuh akhir pertama (Piala Liga). Kami tidak pasti sama ada dia perlu terus bermain atau tidak tetapi dia bersungguh-sungguh mengatakan dia okay,” kata Solskjaer.

Untuk rekod, Maguire hanya terlepas empat perlawanan dalam semua pertandingan musim ini. Dia yang menyertai United dengan nilai 80 juta pound (RM430.2 juta) bermain dalam semua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Iklan

Justeru, ketiadaan Maguire kali ini dilihat bakal menjejaskan perancangan Solskjaer apabila dua pertahanan tengah - Eric Bailly dan Marcos Rojo sudah diketepikan ekoran masalah kecederaan.

Tambah merumitkan keadaan, The Red Devils turut kehilangan khidmat dua pemain tonggak, Paul Pogba dan Scott McTominay sebelum ini.

Solskjaer kini berharap Anthony Martial dan Jesse Lingard akan kembali pada perlawanan menentang City selepas mereka tidak diturunkan ketika menentang Wolves.