Aktiviti memukat berkumpulan

Iklan
Sekumpulan nelayan melakukan aktiviti memukat hasil laut dengan menggunakan pukat tarik ekoran cuaca baik pada akhir musim tengkujuh semasa tinjauan di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit.

Aktiviti memukat secara berkumpulan atau bergotong-royong adalah amalan tradisi nelayan sejak dahulu lagi pada setiap akhir musim tengkujuh, sebelum mereka kembali ke laut.

Selain menambah pendapatan sampingan, aktiviti menarik pukat sepanjang kira-kira 600 Meter juga dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan, dan mereka akan bekerjasama serta bersatu hati bagi memastikan ianya berjalan lancar.