Saudagar air zamzam dan obsesi rakyat Malaysia

Iklan
Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.

ISU penjualan air zamzam di Malaysia kembali hangat minggu ini. Kerajaan mengulangi amaran penjualan air mineral dari satu-satunya telaga yang terletak di Masjidilharam, Makkah itu boleh dihukum penjara dan denda. Tindakan itu selaras dengan langkah Arab Saudi mengharamkan eksport air zamzam. Seperti biasa, pastilah ada pihak yang tidak berpuas hati.

Ketakutan sebenar pihak berkuasa bukanlah disebabkan air zamzam itu sendiri sebaliknya angkara penipuan oleh sesetengah penjual. Sudahlah tidak 100 peratus tulen, airnya pula diambil dari sumber tercemar.

Iklan
Iklan

Air zamzam pernah menimbulkan kontroversi di United Kingdom apabila ia kononnya dikesan mengandungi racun arsenik yang boleh membawa maut. Di Malaysia, semua makanan dan minuman yang diimport tertakluk di bawah Akta Makanan 1983. Mengikut akta itu, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedar dan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Larangan menjual air zamzam tidak bererti ia tidak boleh diminum. Malah, air zamzam adalah antara buah tangan yang paling popular apabila pulang dari Tanah Suci. Bagi yang sudah menunaikan umrah dan haji, mereka tahu betapa berharganya sebotol air zamzam.

Iklan

Hakikatnya, air zamzam bukan sahaja popular dalam kalangan umat Islam, malah dikagumi orang bukan bukan Islam.

Seorang saintis Jepun, Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama mendapati kandungan air zamzam mempunyai keajaiban dan berbeza dengan air yang lain. Menurut beliau, molekul air zamzam yang didedahkan kepada kata-kata seperti doa akan berubah menjadi molekul berbentuk kristal yang indah.

Iklan

Dengan reputasinya yang hebat, tidak hairanlah air zamzam mempunyai permintaan yang tinggi.

Justeru, tidak salah jika kerajaan memikirkan mekanisme untuk memudahkan orang ramai mendapatkan air zamzam tulen di negara ini, bukannya mengambil jalan mudah dengan mengharamkan penjualannya.

Dalam konteks hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi kini, perkara itu tidak mustahil dilaksanakan.