MANILA - Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda perkampungan di wilayah Davao de Oro selatan Filipina pada malam Selasa meningkat kepada 15, manakala 110 masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Kerajaan perbandaran Maco dalam satu kenyataan mendedahkan seramai 31 mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.
Iklan
Iklan
Laporan terkini mendedahkan sekurang-kurangnya 110 mangsa masih hilang dan pejabat pencegahan bencana tempatan sedang mengesahkan angka terbabit, lapor Xinhua.
Terdahulu, Palang Merah Filipina melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan seorang bayi lelaki berusia dua bulan berjaya diselamatkan selepas tertimbus selama dua hari.
Pihak berkuasa tempatan berkata insiden terbabit mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,166 keluarga hilang tempat tinggal dan terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara. - Bernama