Aliran trafik mulai perlahan di lebuh raya utama petang ini

Iklan
Keadaan aliran trafik kelihatan sedikit sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Bidor ketika tinjauan pada Jumaat. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mulai bergerak perlahan pada jam 5 petang ini menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dari Sungai Buloh ke Rawang Selatan mula perlahan kerana pertambahan kenderaan.

Iklan
Iklan

"Trafik juga bergerak perlahan dari Sungkai ke Gopeng dan dari Juru Utara ke Sungai Dua,” katanya.

Menurut jurucakap itu, trafik menghala ke selatan turut perlahan bermula dari Sungai Besi ke Universiti Putra Malaysia dan Southville City ke Bandar Ainsdale serta dari ke Jasin ke Simpang Renggam.

Iklan

"Trafik menghala ke timur juga mulai perlahan bermula kira-kira satu kilometer selepas Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah,” katanya.

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM 340.3 arah utara dari Sungkai ke Bidor, namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal. - Bernama

Iklan