JERUSALEM - Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini pada Khamis memberi amaran bahawa sekurang-kurangnya 300,000 penduduk di utara Gaza berada di ambang kebuluran susulan pengepungan Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
"PBB telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang mengalami kebuluran di utara Gaza. Sekurang-kurangnya 300,000 orang yang tinggal di kawasan itu bergantung kepada bantuan kami untuk kelangsungan hidup mereka," kata pegawai PBB itu menerusi platform X.