Tahun Baharu Cina: Maritim Malaysia perhebat kawalan perairan negara

Iklan
Hamid

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, bagi mengekang dan memerangi kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti salah laku di zon Maritim Malaysia, pihaknya akan memperhebatkan rondaan di kawasan panas atau hotspot yang telah dikenal pasti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Maritim Malaysia telah bertindak menugaskan seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa dengan kekuatan 45 buah pelbagai aset bagi melaksanakan rutin rondaan.

"Penguatkuasaan ini melibatkan kawasan perairan negara yang meliputi keluasan 556,285 kilometer persegi.

Iklan

Kata beliau, Maritim Malaysia turut menyeru kepada komuniti maritim khususnya penduduk setempat untuk terus menjadi 'mata dan telinga' kepada agensi penguatkuasaan negara.

Menurut beliau, dengan kerjasama baik diberikan kepada pihak agensi tersebut, ia diharap dapat membanteras sebarang aktiviti salah laku dan jenayah maritim secara habis-habisan.

Iklan

"Orang ramai diharap dapat membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim Negeri (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara.

"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999," ujarnya.