Pelajar B40 UMK terima RM1,000

Iklan
Pelajar UMK golongan B40 menerima sumbangan RM1,000 seorang menerusi Program Bantuan Awal Pengajian dari Yayasan Bank Rakyat.

BACHOK - Pelajar golongan B40 Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terima sumbangan RM1,000 menerusi Program Bantuan Awal Pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat.

Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak berkata, pihaknya percaya sumbangan keseluruhan berjumlah RM100,000 itu mampu menjadi perangsang dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan.

Iklan
Iklan

"Kami menghargai usaha Yayasan Bank Rakyat dengan mendukung hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti dengan menyediakan platform kepada agensi serta industri untuk membantu meringankan beban pelajar kategori asnaf serta B40 sepanjang pengajian.

"Besar harapan saya agar pelajar yang menerima ini dapat menggunakan sumbangan itu dalam membantu meningkatkan lagi kecemerlangan mereka dalam akademik," katanya.

Iklan
Menyerahkan replika cek sumbangan kepada Razli (dua dari kanan) di UMK Bachok pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengurus Besar Bank Rakyat, Saiful Rizal Abdul Ghani di Bangunan Canselori, UMK Bachok pada Jumaat.

Menurut beliau, UMK mempunyai 9,909 pelajar dalam kategori B40 atau 77.2 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar seramai 12,836 orang.

Iklan

"Daripada jumlah tersebut, pelajar dalam kategori miskin adalah seramai 912 orang dan pelajar dalam kategori fakir adalah seramai 452 orang," katanya.

Razli memberitahu, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai agensi dan industri untuk dihulurkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.

"UMK amat berharap agar inisiatif seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.