Sebahagian daripada kapal layar dari 30 pasukan tempatan dan luar negara yang menyertai Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 yang akan bermula esok hingga 11 Januari ini. Sebanyak 30 pasukan tempatan dan luar negara mengesahkan penyertaan tersebut. Selain Malaysia, 12 lagi negara yang bertanding dalam perlumbaan kapal layar tersebut ialah Netherlands, China, Britain, Denmark, Austria, Australia, Rusia, Jepun, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom. RLIR 2020 yang dianjurkan RLYC akan berlangsung selama lima hari dengan tujuh kategori iaitu Kelas Racing, Kelas IRC 1, Kelas IRC 2, Kelas Sportboat, Kelas Cruising, Kelas Multihull dan Kelas White Sail.- Foto Bernama
Regatta Antarabangsa DiRaja Langkawi
Iklan