Prabowo berpeluang cerah jadi Presiden Indonesia?
Iklan
JAKARTA - Calon Presiden Indonesia (Capres), Prabowo Subianto berada di landasan tepat untuk memperoleh majoriti dan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 dalam satu pusingan, menurut tinjauan pada Jumaat.
Hampir 205 juta orang layak mengundi pada 14 Februari dengan pemenang ditetapkan untuk menggantikan Presiden Joko Widodo atau Jokowi selepas beliau menamatkan tempoh maksimum dua penggalnya.