KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu hari ini, dengan harapan kedatangan tahun naga akan membawa kebahagiaan dan rezeki yang bertambah.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut menasihati orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman ataupun bercuti bersama keluarga supaya merancang perjalanan dengan baik.