KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini.
Ketibaan Anwar pada 10 pagi disambut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran menteri Kabinet antaranya Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Pada majlis itu, Anwar bersama-sama tetamu kehormat menggaul Yee Sang yang merupakan antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baharu Cina.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui media selepas majlis itu merakamkan ucapan penghargaan kepada Ka Siong.
"Terima kasih kepada Datuk Seri Wee Ka Siong dan MCA, dan saya mendoakan semuanya baik," kata Anwar. - Bernama