UNHCR patut fokus penempatan pelarian di negara ketiga - Peguam

Iklan
Norman

SHAH ALAM - Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sewajarnya memberi fokus kepada penempatan pelarian di negara ketiga berbanding mendesak pihak berkuasa di negara ini untuk mendapatkan akses bagi bertemu dengan tahanan di depot.

Iklan
Iklan

Peguam, Norman Fernandez berkata, tiada sebab untuk pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen untuk melayani tuntutan tersebut.

"Sejak 2019 lagi kerajaan Malaysia tidak memberikan izin kepada UNHCR untuk melawat tempat tahanan.

Iklan

"Seperti yang saya pernah menulis sebelum ini, UNHCR di Malaysia patut ditutup dan diusir.

"Malah, daripada meminta izin melawat pusat tahanan, UNHCR patut fokus kepada penempatan pelarian di negara ketiga," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan UNHCR yang meminta supaya diberi kelulusan oleh pihak berkuasa Imigresen serta akses untuk bertemu dengan tahanan.

Ia susulan insiden rusuhan yang berlaku di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak baru-baru ini.

Pada 1 Februari lalu, seramai 131 pendatang tanpa izin (PATI) terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari dalam kejadian pada 9.50 malam.

Sementara itu, Norman yang juga pemerhati isu pelarian Rohingya turut menegaskan kehadiran etnik berkenaan bakal menjadi beban kekal di Malaysia.

Beliau berkata, ia berlaku ekoran tindakan segelintir masyarakat yang bertindak mengalu-alukan kedatangan mereka ke negara ini.