RAFAH - Wanita Palestin berkongsi kisah dianiaya fizikal dan mental selepas Israel menahannya di Gaza.
Mangsa, Tamam al-Aswad berkata, dia pernah dipukul di lengan dan kepala menggunakan pistol dan juga ditahan berminggu-minggu lamanya sebagai banduan tanpa sebarang ihsan kemanusiaan.
Tamam berkata, ketika dia sedang berehat dan berteduh di Sekolah Omar Ibn al-Aas di Gaza, mereka didatangi tentera Zionis.
Antara yang dilakukan termasuk memaksa lelaki berbogel dan menyoal tahanan wanita berulang kali sama ada mereka terlibat dengan mana-mana kumpulan pejuang.
Dia kemudian digari dan ditutup matanya lalu dimasukkan ke dalam bas bersama tahanan lain sambil askar menghinanya dan tahanan lain, katanya.
"Mereka menutup mata kami dan menutup tingkap bas dengan langsir supaya kami tidak dapat melihat walaupun cahaya, dan kami kekal di dalam bas.
Pengalaman ini sangat menyakitkan.
"Kami dihina, lebih daripada perlu.
Mereka mengatakan perkara yang kotor kepada kami dan dengan pistol mereka memukul saya di lengan saya dan di kepala saya juga.
"Setiap kali saya mengangkat kepala saya atau menggerakkan leher saya, mereka akan memukul saya di kepala.
Begitu juga rakan sekerja saya yang bersama saya, mereka juga memukul kepala mereka dengan pistol mereka," katanya.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan tentera Israel bagi mengulas mengenai penahanan Tamam dan dakwaan penganiayaan.
Zionis sebelum ini mendakwa penahanan rakyat Palestin mengikut undang-undang antarabangsa dan berdasarkan protokol, banduan dengan bermaruah.
Tamam merupakan salah seorang daripada ribuan rakyat Palestin yang ditahan Israel semasa serangannya yang memasuki bulan keempat ke atas Gaza.
Serangan yang telah membawa kepada kemusnahan besar-besaran merentasi sebahagian besar kawasan kecil yang sesak itu. - Awani