Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 hingga 25 Februari

Iklan
Program Madani Rakyat Zon Tengah kesinambungan Setahun Bersama Kerajaan Madani. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Program Madani Rakyat Zon Tengah yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor memberi tumpuan kepada empat program utama.

Sekretariat Program Madani Rakyat berkata, empat program yang difokuskan itu membabitkan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), kesejahteraan rakyat serta perkhidmatan agensi kerajaan.

Iklan
Iklan

"Program ini turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

"Selain itu, Jualan Agro dan Mega Madani yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa serta pameran aset-aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Iklan

Program berkenaan adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.

Ia kemudiannya diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Iklan

Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, program berkenaan turut menjadi wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada Kementerian-kementerian di peringkat persekutuan dan agensi-agensi negeri.