Tiada keperluan perkenal kad biru - Subkhiddin

Iklan
Subkhiddin

BEKAS pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.

Beliau berkata, meskipun peraturan itu pernah digunakan di pertandingan rendah khususnya peringkat bawah umur, namun penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan.

Iklan
Iklan

"Saya kurang pasti dengan keberadaan kad biru sama ada ia dapat membantu menjadikan bola sepak lebih kompetitif atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Jumaat lepas, media antarabangsa melaporkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), badan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang permainan mencadangkan untuk meluluskan pelaksanaan kad biru sebagai sebahagian daripada percubaan.

Iklan

Menurut Subkhiddin, sekiranya kad biru dikenakan, pasukan yang kehilangan seorang pemain buat sementara waktu akan memperlahankan tempo permainan dengan mengawal bola di bahagian sendiri manakala pasukan lawan akan meningkatkan serangan.

Dalam pada itu, pemerhati sukan bola sepak tanah air Datuk Richard Scully menyifatkan pengenalan kad biru dikhuatiri akan dimanipulasi mana-mana pasukan bagi mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan.

Iklan

"Saya rasa tak wajar (penggunaan kad biru) tambahan kad ini, sebab kita tak nampak purpose dan relevannya. Kalau nak kompetitif, baik kita ketatkan undang-undang sedia ada.

"Apa yang saya lihat kalau ada kad biru ini dia akan digunakan secara salah oleh pemain atau jurulatih dan ia akan bagi kelebihan kepada pasukan mereka. Jadi saya rasa lebih baik kita kekalkan dua warna kad sahaja iaitu kuning dan merah,” katanya. - Bernama