Tahun Baharu Cina: Aliran trafik masih perlahan malam ini

Iklan
Keadaan aliran trafik kelihatan sedikit sesak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Bidor ketika tinjauan, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan, kenderaan bergerak perlahan menghala ke selatan dari Pedas/Linggi ke Simpang Ampat.

Iklan
Iklan

"Keadaan trafik turut dilaporkan perlahan ke arah utara dari Bandar Baharu ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan dari Tapah ke Gopeng,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar.

Iklan

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM329.7 arah utara dari Bidor ke Tapah dengan lorong kiri terhalang dan trafik perlahan sepanjang 2.5 kilometer.

Selain itu, kemalangan turut dilaporkan berlaku di KM440.4 arah utara dari Rawang ke Sungai Buaya namun tiada lorong yang terhalang dan trafik terkawal.

Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman rasmi X PLUS di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X LLM di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama