10 kompaun kesalahan merokok di Labuan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

LABUAN - Seramai 10 perokok dikenakan kompaun berjumlah RM2,500 atas kesalahan merokok di premis makanan sepanjang tempoh operasi penguatkuasaan larangan merokok di kawasan itu pada 1 hingga 4 Januari lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, kompaun itu dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan) 2018.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak 144 premis makanan diperiksa sepanjang empat hari operasi yang diadakan di sekitar Labuan dan tiada notis dikeluarkan kerana pemilik premis mematuhi peraturan mempamerkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

"Bagaimanapun, sebuah premis makanan diarah tutup sementara atas kesalahan melanggari aspek kebersihan ketika operasi larangan merokok itu dijalankan,” katanya.

Iklan

Sebelum pelaksanaan penguatkuasaan penuh larangan merokok di premis makanan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Labuan telah menjalankan sesi kesedaran dan pendidikan selama setahun dengan mengadakan pelbagai program di serata Labuan.

"Sepanjang tahun 2019, sebanyak 2,033 lawatan premis dijalankan untuk menjayakan kempen kesedaran dan pendidikan bagi tujuan penguatkuasaan PPKHT 2004 (Pindaan) 2018 tahun ini,” katanya. - Bernama

Iklan