JOHOR BAHRU - Seramai 70 individu ditahan hasil serbuan yang dilakukan di dua premis pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen yang sah selain beroperasi lebih masa di sekitar bandar raya ini, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), Johor termasuk Bahagian Siastan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sekitar 2 pagi hingga 8 pagi itu oleh turut membuat pemeriksaan terhadap 248 individu yang sedang berhibur di kedua-dua premis tersebut.
Iklan
Iklan
Malah katanya, hasil saringan air kencing juga mendapati seramai 48 lelaki termasuk 36 lelaki warga asing dan 20 perempuan warga asing positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan tetrahydrocannabinol (THC).
"Kesemua warga asing berusia dalam lingkungan 16 hingga 50 tahun termasuk dua individu bawah umur yang telah berhenti sekolah telah mengemukakan salinan dokumen perjalanan, namun polis akan membuat semakan dengan pihak imigresen bagi mengesahkan ketulenan dokumen tersebut.
"Dalam masa sama, polis turut merampas peralatan seperti beberapa peralatan sepeti satu profesional power amplifier model big1 audio, satu pembesar suara model PAL, satu touch maitor model MAX512, satu mikrofon sound prince pro, tiga keeping resit perniagaan, satu salinan sijil suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM), satu kunci mangga dan wang tunai berjumlah RM5,224,” katanya.
Selain itu, dua individu yang menjadi juruwang dalam pusat hiburan berkenaan turut ditahan dan telah diserahkan kepada BSJ IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98, Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johjor (ENJ) 4/98.