PU Riz syukur miliki Neelofa, isteri terhebat

Iklan
Neelofa dan PU Riz

PENDAKWAH bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, menzahirkan rasa syukur kerana memiliki isteri solehah seperti Neelofa.

Perkara itu diluahkan dalam nukilan yang didedikasikan khas sempena hari lahir ke-35 selebriti wanita popular tersebut.

Iklan
Iklan

"Antara insan terpenting dalam hidupku. Ku ujarkan di sini, buat kenangan sepanjang 12 purnama.

"Beberapa tahun kebelakangan ini antara saksi mata ini melihat keikhlasan pengorbanan sang isteri.

Iklan

"Tanggungjawab itu disempurnakan sehinggalah dalam soal jagaan anak-anak, dikaulah antara yang terhebat terpahat di hati dan disyukuri setiap saatku melaluinya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Sebelum ini, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Iklan

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang putera bernama Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Mengulas lanjut, PU Riz berkata, Neelofa merupakan insan terpenting dalam hidupnya.

Tambahnya, tarikh 10 Februari bukan sahaja tarikh istimewa buat isterinya, tetapi juga tempoh melayari kehidupan dalam berumah tangga.

"Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga,” katanya.

Sementara itu, Neelofa turut memuat naik hantaran ucapan tersebut di Instastory dengan disertakan emoji semut yang membawa maksud kemanisan kata-kata suaminya.

"Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah,” ujarnya.