Hoe Yean gagal ke final

Iklan
Khiew Hoe Yean. Foto Bernama

PERENANG lelaki negara, Khiew Hoe Yean gagal melayakkan diri ke final acara 400 meter (m) gaya bebas selepas menduduki tempat ke-21 daripada 56 perenang pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar hari ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan perenang berusia 21 tahun itu gagal menempah slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 bagi acara berkenaan.

Iklan
Iklan

Pada saingan di Pusat Akuatik Hamad di Doha, Hoe Yean hanya mencatat masa 3 minit 49.14 saat (s) untuk menduduki tempat ke-21 di peringkat saringan.

Hanya lapan perenang terbaik layak ke final acara itu.

Iklan

Layak ke Sukan Olimpik Paris 2024, Hoe Yean perlu sekurang-kurangnya menepati masa kelayakan iaitu 3:46.78s.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja tahun lalu itu selepas ini akan beraksi bagi acara 200m, 800m dan 1500m gaya bebas. - Bernama

Iklan