WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menggalakkan Rusia menyerang negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak memenuhi tanggungjawab kewangan mereka.
Dengan penggubal undang-undang AS membahaskan bantuan baharu untuk memberi bantuan kepada Ukraine, Trump berulang kali menyatakan adalah tidak adil menyerahkan komitmen kepada Washington untuk mempertahankan 30 negara anggota NATO yang lain.