PEMAIN perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching berazam memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan meraih keputusan positif dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.
Malah menurut Ling Ching, dia juga teruja dengan penampilan pertama dalam kejuaraan berpasukan tersebut yang merupakan pentas kelayakan ke pusingan akhir Piala Uber di Chengdu, China dari 27 April hingga 5 Mei.
Iklan
Iklan
"Saya harap apa yang saya dipamerkan sepanjang sesi latihan dapat dipraktikkan tanpa rasa gementar semasa kejohanan sebenar. Biarpun saya teruja tetapi juga akui cabaran sebagai perseorangan ketiga negara.
"Saya akan memberikan aksi sehabis baik menangani tekanan, kerana negara lain pasti akan menurunkan pemain terbaik. Saya berharap dapat menyumbang satu mata kepada pasukan,” kata pemain ranking 75 dunia itu.
BATC akan menyingkap tirai di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam pada 13 hingga 18 Februari ini menyaksikan pasukan negara diundi dalam Kumpulan Y bersama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) - dua pasukan kumpulan teratas layak ke suku akhir manakala pasukan kelompok empat terbaik akan meraih slot Piala Uber.
Pasukan wanita negara diperkuatkan dengan Goh Jin Wei, K Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman dan Ling Ching bagi acara perseorangan, manakala beregu pula digalas Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Mei Xing-Tan Zhing Yi.
Artikel Berkaitan