Pilpres 2024: Mansuh undi pos elak penipuan

Iklan
Warga Indonesia yang bermastautin di Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 di Konsulat Jenderal Republik Indonesia Pulau Pinang pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sistem pengundian secara pos perlu dimansuhkan bagi mengelak kes penipuan kertas undi Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 (Pilpres 2024) seperti yang berlaku lima tahun lalu.

Ketua Parti Amanat Nasional (PAN) Malaysia, Muliadi Baharuddin Yusuf berkata, ia adalah terbaik untuk meminimumkan ketidakadilan dalam sistem pengundian sepertimana dibuat di Johor ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, manipulasi kertas undi merupakan perkara biasa dalam pemilihan demokrasi dan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

"Undi pos paling senang berlaku penipuan kerana pada 2019 lalu sudah terjadi perkara sebegini, bahkan sampai sekarang

Iklan

"Kita dapati kali ini lebih kurang 85,000 daripada 156,000 undi pos dipulangkan semula kerana salah alamat atau sudah tidak menetap di Malaysia dengan alasan balik kampung.

"Sepatutnya menjadi tanggungjawab panitia pemilihan luar negeri (PPLN) untuk menyemak keabsahan data pemilih, di sini saya lihat ketidakadilannya kerana mungkin saja ada yang akan dipulangkan iaitu sekitar 100,000 pungutan suara,” katanya pada Ahad.

Iklan

Muliadi yang juga ketua pasukan calon Presiden (Capres) Nombor Siri Dua, Prabowo Subianto menjelaskan, kredibiliti PPLN dan panitia pengawas Pemilihan Umum (Pemilu) akan terjejas dan tidak dilihat profesional sekiranya berlaku penipuan.

Sementara itu, Pengerusi Muda Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Malaysia, Mansurni Abadi mengakui bimbang keputusan Pilpres 2024 akan terbatal jika isu penipuan melalui kaedah undi pos dan kotak suara keliling (KSK) dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, kejadian itu bakal menghakis kepercayaan umum terhadap kredibiliti dan tahap integriti petugas pilihan raya selain risiko berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat Indonesia yang menetap di negara ini.