Gaji baru RM2,800 tapi bayar kereta RM2,200!

Iklan
Gambar hiasan 123rf

MINGGU lepas Merak Jalanan ke pejabat menggunakan perkhidmatan kenderaan e-hailing kerana kereta rosak. Biasalah, apabila kereta dah lebih 10 tahun, macam-macam penyakitnya.

Pemandu e-hailing tersebut usianya dalam pertengahan 40-an. Ramah orangnya. Walaupun berbangsa Cina, namun bahasa Melayunya agak bagus. Seronok berbual dengannya dan kebetulan dia sangat ramah, jadi Merak Jalanan bertanya pengalamannya.

Iklan
Iklan

Pelbagai cerita menarik dikongsikan namun yang paling Merak Jalanan ingat adalah cerita mengenai seorang anak muda kenalannya.

Katanya, anak muda itu baru tamat belajar di universiti, baru mula bekerja, baru berkahwin dan pendek kata baru hendak memulakan hidup berdikari.

Iklan

"Dia beritahu saya, gaji permulaannya RM2,800. Setakat ini komitmen bulanannya adalah RM2,200 untuk bayar duit kereta.

"Saya sangat terkejut. You bayangkan, jika betul, baki duit gaji dia hanya RM600 sahaja. Cukup ke untuk makan, minyak kereta, tol, parking dan lain-lain? Dia bagitahu lagi, isterinya juga bekerja. Jadi mereka sama-sama bantu. Mungkin duit sewa rumah isteri dia bayar atau masih duduk dengan ibu bapa.

Iklan

"Huh, I rasa sangat membazir. Macam mana dia boleh fikir nak beli kereta harga mahal dengan gaji sebanyak itu. Saya pun pakai kereta murah sahaja. Tak mahu ada komitmen tinggi sebab rasa sangat membazir. Lebih baik beli rumah,” jelas pemandu dua anak itu lagi.

Pemandu itu juga mengomel tentang anak-anak muda masa kini yang baginya tidak berfikir panjang, hanya mahu seronok sahaja.

"Budak sekarang bukan malas tetapi cepat sangat berpuas hati. Saya pernah duduk minum dengan budak-budak muda yang hantar makanan, mereka kata sudah dapat RM100 lebih satu hari sudah cukup. Kemudian lepak kedai atau balik rumah dan rehat,” katanya sambil geleng kepala.