KUANTAN - Saman nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan paling banyak dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan, di sini pada Ahad malam.
Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya mengeluarkan keseluruhannya 301 saman selepas memeriksa 80 kenderaan.