'Perbetulkan yang biasa, biasakan yang betul' - KPN

Iklan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membuat lawatan mengejut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan.

Lawatan mengejut itu susulan tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang pada Sabtu lepas bagi memantau sendiri operasi harian barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Razarudin dalam kenyataan melalui akaun TikTok rasmi beliau Isnin berkata, tinjauan mengejut itu bukan untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, namun ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetul amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.

"Sama-sama kita betulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, insya-Allah," katanya. - Bernama

Iklan
Iklan