Bekas PM Finland menang pilihan raya presiden

Iklan
Alexander Stubb

LONDON - Bekas Perdana Menteri Finland, Alexander Stubb dipilih menjadi presiden ke-13 negara Nordik itu selepas mengalahkan bekas Menteri Luar, Pekka Haavisto dalam pilihan raya penentu pada Ahad.

Stubb, dari parti konservatif National Coalition, memperoleh 51.6 peratus undi manakala Haavisto dari parti Green menerima 48.4 peratus undi, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Iklan
Iklan

"Saya akan melakukan yang terbaik pada setiap hari dan mengutamakan kepentingan Finland. Saya mahu menjadi presiden bagi seluruh negara," katanya dalam satu sidang media.

Stubb akan menggantikan Presiden Sauli Niinisto yang telah tamat dua penggal selama enam tahun dan tidak dibenarkan untuk bertanding semula. - Bernama-Anadolu

Iklan
Iklan