PELAKON, penyanyi dan model terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara untuk turut serta dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.
Biar pun berada jauh di New York, Amerika Syarikat, wanita kacukan Jerman-Indonesia itu mahu menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju negara tercinta.
Iklan
Iklan
Berkongsi momen itu di laman Instagramnya, Cinta Laura yang hadir ke pusat pengundian kelihatan anggun menggayakan baju lengan panjang rona hitam dan digandingkan bersama skirt jeans labuh.
Melengkapkan gaya keseluruhan rambutnya disanggul ringkas dan wajahnya dirias cantik.
Dia meninggalkan kapsyen ringkas pada hantaran tersebut.
Hantaran tersebut sehingga kini memperoleh lebih 94,000 tanda suka.
Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat.