Bekalan air, elektrik Johor mencukupi - Onn Hafiz

Iklan
Onn Hafiz (kiri) diberikan penerangan ketika meninjau kawasan LRA Sultan Iskandar pada Isnin.

PASIR GUDANG – Rakyat Johor menerima berita gembira apabila bekalan elektrik dan air di negeri itu secara keseluruhannya disahkan mencukupi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu disahkan hasil lawatannya ke di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kota Masai dan Loji Rawatan Air (LRA), Sultan Iskandar pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara objektif utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk membuktikan dan menunjukkan bahawa bekalan air dan bekalan lektrik untuk negeri Johor secara keseluruhannya adalah mencukupi.

"Kalau untuk elektrik sahaja kita ada lebihan supply (bekalan) dalam 10,000 lebih megawatt dan kita gunakan 2,700 lebih, jadi kita ada surplus (lebihan) dalam 75 peratus.

Iklan

"Bagi bekalan air pula, kita ada bekalan yang mencukupi walaupun reserver pada awalnya rendah, tapi dengan 16 projek yang dibentangkan tadi di mana tiga daripadanya masih dalam bentuk kajian dan 13 lagi sudah pun ada bajet untuk pelaksanaannya; dari segi short term (jangka pendek), medium term (jangka pertengahan) dan long term (jangka panjang) termasuk untuk perindustrian, bekalan air ini juga mencukupi.

Onn Hafiz meninjau keadaan di PMU Kota Masai. Onn Hafiz berkata sesuatu pada lawatan di LRA), Sultan Iskandar pada Isnin.

"Jadi suara-suara yang katakan air, elektrik tak cukup tak benar dan harap pemain-pemain industri, investors (pelabur) bersedia untuk terus melabur di Johor,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat sesi lawatan berkenaan pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri turut bersetuju supaya kawasan yang tidak selalu digunakan, bukan jalan protocol seharusnya dibuka bagi kaedah bekalan elektrik secara open cut dilaksanakan.

Katanya, berdasarkan kajian, kos menggunakan kaedah open cut ini adalah lebih murah.

"Kita juga buat kajian, kawasan perindustrian juga boleh guna kaedah open cut ini dan difahamkan juga kawasan perindustrian baharu dah ada dedicated punya lane untuk letak kabel-kabel kita.

"Selain itu, kos infra sperti yang pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) bentangkan melibatkan green area (kawasan hijau) di akawsan perindustrian baharu ini boleh buat MOU (perjanjian persefahaman) dengan pemaju supaya kos infra itu dapat dikongsi,” katanya.