BATU PAHAT - Seorang lelaki yang sedang memancing terkejut apabila terlihat satu mayat terapung dalam Sungai Simpang Kiri, Parit Kasim Laut, Tongkang Pechah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada anggota di Balai Polis Tongkang Pechah pada jam 11.30 pagi.
"Mayat tersebut dilihat sedang hanyut ke arah Parit Sulong memandangkan air laut pasang ketika itu.
"Dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, mayat tersebut kemudiannya dijumpai pada jam 12.40 tengah hari di kawasan Simpang Kiri, Kampung. Parit Mantan lebih kurang dua kilometer dari tempat lelaki berkenaan melihat mayat itu terapung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mayat adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan semasa ditemui berseluar panjang hitam, memakai t-shirt hijau dan tidak berkasut namun identitinya masih belum dikenal pasti.
Tambah beliau, kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya menyeru jika sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Tokang Pechah menerusi talian 07-4151222.

Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung dalam sungai di Kampung Parit Mantan, Batu Pahat pada Isnin.