Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee

Iklan
Kim Swee

SABAH FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.

Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee turut menganggap pasukan lawan berada dalam prestasi terbaik kerana masih bersaing dalam kancah domestik berbanding skuad The Rhinos yang telah 'berehat' hampir dua bulan.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu ia sukar susulan saingan liga kita sudah tamat Disember lalu dan kita tidak mengharungi sebarang perlawanan (kompetitif) sehinggalah esok (Selasa).

"Prestasi Macarthur juga amat baik kerana mereka belum tewas dalam tujuh aksi terakhir dan berada dalam kedudukan yang baik dalam liga.

Para pemain Sabah giat menjalani latihan menjelang separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang Macarthur pada Selasa. Foto FB Sabah FC

Iklan

"Ini bukan satu perlawanan yang mudah tetapi kita ada ramai pemain utama yang masih kekal dan akan berjuang untuk mempamerkan aksi terbaik,” ujar Kim Swee dalam sidang media pada Selasa.

Aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sukan Campbelltown pada jam 3 petang waktu Malaysia.

Iklan

Sebagai rekod, Sabah FC menjadi wakil tunggal Malaysia selepas satu lagi wakil di Piala AFC, Terengganu FC (TFC) terkandas di peringkat kumpulan.

Aksi tersebut sangat penting kerana ia melibatkan satu perlawanan dan pemenang akan mengesahkan slot ke final Zon ASEAN Piala AFC 2023/24.

Satu lagi aksi separuh akhir melibatkan pertemuan antara Central Coast Mariners dari Australia berdepan Phnom Penh Crown wakil dari Vietnam.