JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat di kilometer (KM) 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara dengan cara memecahkan cermin kenderaan, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisoner M.Kumar, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Jenayah (JSJ), Kontinjen Johor sekitar jam 3.30 pagi, Ahad di kawasan Genting Highlands, Pahang.