ALOR SETAR - Seorang warga Myanmar maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua motosikal di KM51.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa yang berusia 20-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah motosikal lain.