Solusi denggi: Manfaat Qdenga perlu lebih banyak daripada risiko
Iklan
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan peningkatan kes demam denggi yang drastik sejak beberapa dekad dengan purata sebanyak 390 juta jangkitan baharu dilaporkan setiap tahun.
Sebelum tahun 1970, hanya sembilan negara sahaja yang melaporkan epidemik denggi, namun sehingga tahun 2019, lebih daripada 100 buah negara telah mengalami epidemik ini.