Gempa bumi kuat landa utara Sumatera, gegaran dirasai di Pulau Pinang

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada jam 2.05 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 67 kilometer (km) tenggara dari Simeulue, Indonesia pada kedalaman 37km.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut gegaran turut dirasai sekitar Pulau Pinang, namun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama