Had reka bentuk lebih tempoh, pertambahan trafik punca jalan rosak

Iklan
Sinar Harian pada Isnin melaporkan selepas hampir sebulan tular video jalan raya berlubang seperti kolam di Jalan Sukau-Kinabatangan, muncul satu lagi hantaran memaparkan keadaan jalan berkolam di laluan sama. Kerja pembaikan menutup lubang pada jalan rosak di jalan Bulatan Sukau, Kinabatangan telah dilakukan.

KOTA KINABALU - Tempoh had reka bentuk melebihi tempoh dan pertambahan jumlah trafik menjadi punca kerosakan berlaku bukan hanya pada permukaan tetapi kerosakan pada struktur jalan.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, beliau telah mengarahkan lubang jalan yang besar ditutup segera ketika lawatannya di jalan Bulatan Sukau, Kinabatangan Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi memang menyedari mengenai kerosakan struktur jalan tersebut.

"Semasa tinjauan kerja ke Kinabatangan pada Khamis lepas, saya telah mengarahkan lubang-lubang jalan yang besar itu ditutup segera sementara menanti kerja-kerja pembaikan struktur dibuat.

Iklan

"Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, jalan-jalan tersebut telah melewati tempoh had reka bentuknya, pertambahan jumlah trafik sudah bertambah tinggi dengan aktiviti ekonomi juga turut bertambah.

"Kerosakan jalan bukan sekadar kerosakan permukaan jalan tetapi ada tempat-tempat kritikal yang telah mengalami kerosakan struktur jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sehubungan itu, Shahelmey berkata, bagi menstabilkan kekuatan tanah dan struktur jalan, teknologi pembinaan jalan seperti geogrid dan 'glassgrid' telah dilaksanakan.

Menurutnya lagi, kerja pembaikan segera menutup lubang jalan yang dilaporkan rosak telah dilakukan.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, muncul satu lagi hantaran di laman sosial Facebook memaparkan keadaan 'jalan berkolam' di laluan sama tidak jauh dari lokasi yang dilaporkan pada bulan lalu.

Jalan berlubang tersebut dikatakan terletak berhampiran simpang masuk ke Sukau iaitu kira-kira tiga setengah kilometer dari lokasi yang laporkan sebelum ini.