ALOR SETAR - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya merempuh tiang elektrik di tepi jalan berhampiran Sekolah Pondok Ma'ahad Darul Hasimi, Jalan Lepai, Kampung Teluk, di sini hari ini.
Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pemandu berusia 60-an berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Iklan
Iklan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.12 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Samsari Ibrahim tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit kemudian.
"Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah lori terbabas dan melanggar tiang elektrik di tepi jalan berkenaan. Bagaimanapun pemandu selamat dalam kejadian itu," katanya di sini hari ini.
Susulan itu, katanya pasukan BBP Pokok Sena dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Alor Setar memastikan lokasi selamat digunakan sebelum operasi tamat jam 7.55 pagi.
.