Kecederaan Morata cetus bimbang Atletico

Iklan
Morata mengalami kecederaan ketika aksi menentang Sevilla awal pagi Selasa. Foto EPA

SKUAD Atletico Madrid dirundung bimbang susulan kecederaan yang dialami ayam tambatan mereka, Alvaro Morata ketika tewas 0-1 kepada Sevilla dalam aksi La Liga awal pagi Selasa.

Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan tulang serta terseliuh ligamen sisi dalaman lutut kanannya dan akan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Iklan
Iklan

Morata dilihat terhincut-hincut keluar dari padang dengan rasa sebak pada minit ke-46.

"Dia akan menjalani imbasan MRI untuk mengenal pasti tahap kecederaan," menurut Atletico dalam satu kenyataan.

Iklan

Atletico akan menanti kunjungan Las Palmas dalam aksi domestik pada Sabtu sebelum berkunjung ke Itali menentang Inter Milan bagi perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara minggu depan.

Status kecederaan kapten Sepanyol itu bagaimanapun belum dapat dipastikan dan kelab tidak mendedahkan bila Morata boleh kembali beraksi.

Iklan

Morata ketika ini menjadi penjaring terbanyak Atletico dalam La Liga musim ini setelah menyumbat 13 gol daripada 22 perlawanan, manakala dalam saingan Liga Juara-Juara dia meledak lima jaringan dalam enam aksi.