KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membuat lawatan mengejut di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Sabtu lalu, membuktikan sifat pemimpin yang prihatin dan cakna terhadap petugas di lapangan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota dan pegawai di IPD berasa teruja dan dihargai apabila ada lawatan bersahaja tanpa dirancang daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negara.